Friday, February 03, 2006

UTUSAN MELAYU – ISU RELEVENSI

Ini adalah petikan dari penulisan kawan baik saya mengenai akhbar Utusan Melayu yang telah banyak berjasa kepada umat Melayu Malaysia.

“ Utusan yang terakhir...
Inilah wajah terakhir Utusan Melayu Mingguan:-((
Dimuka depan terpanpang berita sedih yang ianya keluaran terakhir kerana tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan pernerbitannya.Terima kasih kepada
Interviewer kerana sudi memaklumkan kepada saya.
Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Melayu saya amat sedih menerima berita ini.Bangsa Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia tapi gagal mengekalkan satu-satu akhbar yang bertulis jawi yang telah banyak berjasa kepada perjuangan bangsa Melayu.Hati tertanya-tanya kenapa ianya gagal tetapi akhbar bahasa Cina dan India mampu hidup dan berdaya maju???
Dua sebab yang diberi oleh pihak pengurusan ialah kekurangan pembaca dan kekeringan iklan.Kedua-duanya adalah sumber pendapatn yang diperlukan untuk membiayai penerbitan akhbar.Semangat sahaja tidak mampu membayar kos penerbitan.
Untuk mendapat ulasan yang lebih terinci, sila baca
komen Awang Selamat yang bertajuk,"Lahir zaman papa, mati zaman kaya".
Pada hemat saya yang kurang arif dalam bidang ini,saya akan tunggu dan lihat apa kata dan tindakan pemimpin Melayu dan mereka yang mampu untuk bertindak supaya akhbar Utusan Melayu dalam bentuk asal(tulisan jawi) dapat dihidupkan semula dan bisa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akhbar-akhbar bangsa-bangsa lain di Malaysia.”

Catatan beliau penuh kekesalan di atas nasib akhbar perintis tersebut. Walaupun begitu saya kurang bersetuju dengan perbandingan yang beliau ajukan vis-a-vis akhbar bahasa Cina dan India kerana akhbar melayu masih kekal dan maju cuma tulisan jawi dalam bentuk akhbar sahaja yang berkubur bersama edisi tersebut.

Berikut adalah komen yang saya tinggalkan di ruangan Comments……

“ Memang Utusan Melayu adalah wadah pejuang bangsa pada zamannya. Ia adalah jiwa melayu. Ia adalah pendorong dan pembuka mata Orang Melayu. Ia adalah medan juang Pahlawan bangsa yang berjuang dengan tinta hitam yang tidak kurang tajamnya daripada besi waja Klewang Tok Raja atau Pedang Katana Samurai Jepun.
Tapi masa berlalu... medan berubah wajah, tanah telah bertukar konkerit, langit sudah diterobosi, pejabat post telah dibayangi Post Office Maya yang mampu menyampaikan message kurang dari 1 saat ...... dan bukan hanya dalam keasyikan mainan kata-kata untuk merangsang perasaan, sekarang kita sudah mampu menyampaikan dalam bentuk suara, gambar, video, teks dalam adunan yang mengikut citarasa. Oleh itu wajarkan kita masih mahu mempertahankan Utusan Melayu dalam bentuk asal tulisan Jawi dengan penuh emosi walaupun ianya sudah kurang cocok dengan peredaran zaman????


Jika UM adalah terkini pada zamannya, adakah ia masih begitu sekarang? Masihkan ia dapat memainkan peranannya dalam dunia sekarang dalam bentuk asalnya? Adakah perlu ia dipertahankan dalam bentuk asal dengan kekuasaan directive dari kepimpinan Melayu sekarang sedangkan ia sudah terlalu uzur dan tidak mampu merobah lonjakan keinginan anak-anak muda yang meronta-ronta dalam dunia tanpa sempadan tanpa sebarang bimbingan dan pimpinan yang relevan dan pragmatis dari cerdik pandai kita yang masih ditakuk lama dan tidak mampu menuruti zaman apatah lagi merintis dan memimpin jalan bagi anak-anak kita di zaman ICT ini? Adakah dengan melanjutkan hayatnya yang sudah dipenghujung dan dibebani batuk kering itu dapat memberikan ia lebih kemuliaan daripada pengkebumian yang penuh adat dan hormat sebagai pahlawan bangsa? Pengunduran yang tepat pada masanya adalah paling baik daripada disungkurkan ke bumi oleh kehendak pasaran sepertimana sekarang...... Sekarang, ianya terlalu trajis….

Reader, pada pendapat saya yang kerdil ini, yang penting bukanlah mediumnya tetapi semangat yang ditatangi cinta tanpa penghujung terhadap anak bangsa kita yang kita dibiarkan sendirian dan dalam kumpulan yang terbuang bermain api ICT dan merenangi dunia tanpa sempadan dari segi capaiannya mahupun bahana kemudharatannya tanpa dibekalkan dengan pedang dan perisai yang sesuai. Kita yang kononnya sudah lama makan garam ini sanggup biarkan anak-anak muda kita mencari haluan sendiri dalam hujan dengan halilintar sabung menyabung gegak gempita meredah dunia penuh kepura-puraan ini sedangkan kita sibuk menangisi pemergian pimpinan lama yang sudah melepasi zaman mujarabnya tanpa mengambil iktibar dari semangat juang mereka untuk terus memacu jalan ke hadapan ke arah sempadan baru yang kita cita-citakan.

Selamat tinggal UM. Semoga jasa dan semangat yang engkau telah hidupkan terus menyala di dalam sanubari anak bangsa tercinta walaubagaimanapun wadah dan wacana yang ditunggangi. Tinggalmu diiringi semerbak wangian syurgawi. Kami tidak akan hilang pedoman tanpamu kerana sebenarnya engkau terus hidup di benak hati anak watan yang engkau telah bentuk dengan ketajaman tinta hitammu. Wassalaam.. “

On hind sight……

Mengapa tidak Utusan Melayu di kekalkan dalam bentuk majalah warisan dan bukan akhbar harian yang perlu sentiasa up-to-date dengan perkembangan maklumat, pemikiran dan peristiwa yang dilaporkan? Mungkin corak penyampaiannya disesuaikan sebagai sebuah majalah….. why not?