Anak pengasuh disyaki cabul bayi
BERITA HARIAN Isnin, 23 Februari 2009 / 28 Safar 1430
KUALA LUMPUR: Seorang budak perempuan berusia setahun yang sering menangis setiap kali berada di rumah pengasuhnya, dipercayai dicabul anak lelaki pengasuh berkenaan sejak beberapa minggu lalu sehingga pendarahan pada kemaluannya. [+]
( Ibu mangsa mendakwa beliau percaya perbuatan itu dilakukan anak lelaki pengasuh itu yang berusia 26 tahun di rumah mereka di sebuah flet berhampiran Stesen LRT Sentul Timur.
Katanya, perubahan sikap anaknya itu terjawab apabila beliau mengesan pendarahan pada kemaluannya selepas diambil dari rumah pengasuh berkenaan pada jam 7 petang Rabu lalu.
"Sebaik menyedari ada pendarahan, saya segera menghubungi pengasuh itu yang sudah menjaga anak saya selama tujuh bulan. "Bagaimanapun, pengasuh itu mendakwa anak saya tidak cedera ketika di rumahnya.
"Berikutan itu, saya segera membawa anak ke klinik berhampiran sebelum doktor meminta saya merujuk anak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengesyaki ada kesan penderaan seksual, " katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, doktor di HKL mengesahkan anaknya dicabul dan percaya budak perempuan itu dicabul lebih daripada sekali sejak beberapa minggu lalu berdasarkan kesan kecederaan pada kemaluannya. )
Saya amat terguris bila membaca berita ini. Seorang bayi berusia setahun yang baru hendak mengenal persekitaran dicabul oleh seorang berumur 26 tahun. Hanya ANAK SETAN yang layak digelarkan kepada manusia yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak sanggup dilakukan oleh seganas-ganas haiwan ini.
Generasi apakah yang kita lahirkan ini? Di mana undang-undang? Perkara sebegini sepatutnya dianggap amat serius oleh pihak penguasa undang-undang dan diberikan TOP PRIORITY dalam siasatan kerana ini membabitkan generasi pewaris kita. Generasi pewaris kita mestilah diberikan pendidikan dan asuhan sempurna dan setiap unsur yang menjadi duri dalam pembentukan ummah perlu dikerat dan cabut akar umbinya.
Tibalah masanya undang-undang keras sepertimana undang-undang Anti Dadah perlu diperkenalkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Manusia seperti ini tidak wajar dibenarkan hidup. Perlu diingat juga bahawa mana-mana jantan yang tidak mampu menjaga anu nya dengan baik perlu di kasi supaya anu nya yang tidak mampu dijaga tidak merosakkan masyarakat.
Kita sudah muak dan terlalu jijik membaca berita semacam ini. Jika undang-undang tidak mampu membanterasnya, biarkan sahaja masyarakat menghukum dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mencadangkan Skuad Vigilante Ahli-ahli Silat Bertauliah ditubuhkan di bawah kendalian Guru Silat terkenal dan dihormati seperti Mahaguru Omardin dan lain-lain yang setarafnya untuk menjalankan kerja pembanterasan ini dengan pengawasan pihak polis.