Dr Zambry Menteri Besar Perak menunjukkan kematangan tinggi berpolitik menghadapi kerenah Pakatan Rakyat di dalam mengemudi politik Negeri Perak. Kejayaan mengadakan sidang DUN Negeri Perak walaupun dihalangi kerenah demi kerenah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bagi menghalang Dewan dari bersidang termasuk tindak tanduk Panglima Sivakumar dalam mengorak tari Silambam untuk menghalang Persidangan Dewan. Namun itu semua dapat diatasi dengan gerak lembut bersulam buah besi waja dari Langkah Silat Zambry yang ternyata amat ampuh dan berbisa.
Sebagai orang yang boleh dianggap muda dan baru Dr Zambry menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Negeri Perak; tinggi ilmu, tinggi budi, berwawasan tinggi dan ditambah dengan sikap ‘cool’ dalam menghadapi setiap cabaran yang amat menduga di Negeri Perak. Boleh dikatakan bahawa senario Negeri Perak adalah yang paling kritis dan mencabar di dalam persekitaran pergolakan politik Malaysia masakini. Beliau mengorak setiap langkah tanpa ragu dan tanpa sikap gelojoh atau keras dalam mengemudi bahtera BN yang tonggang langgang di pukul taufan PR di samudera raya Darul Ridzwan. Akibatnya bahtera menuju destinasi dengan yakin walaupun anak-anak kapal pening-pening lalat dek taufan ganas itu.
Beliau dengan bijak MENCADANG kepada Baginda Sultan untuk mengadakan Sidang Dewan, dengan itu mengelak dari polemic politik di dalam kedudukannya sebagai Menteri Besar yang masih tercabar di mahkamah. Dengan kuasa Sultan Sidang Dewan diperkenan dan 07hb Mei 2009 menjadi satu hari bersejarah di mana Dewan DUN diadakan di dalam kedudukan MB masih tercabar dan di dalam pertimbangan Undang-Undang. Di masa yang sama perintah mahkamah diperolehi untuk kawasan 500m dari pagar Bengunan Perak Darul Ridzwan dijadikan kawasan larangan untuk sebarang perhimpunan. Satu langkah yang amat bijak sekali dengan alasan keselamatan.
Pihak PR pula menunjukkan politik jalanan dan sembrono dengan meluru memasuki dewan sebaik selesai perbarisan dan menukar kedudukan tempat duduk yang sediakan dan mengoyak tanda nama ADUN BN. Panglima Sivakumar terus memacakkan diri di tempat duduk Speaker dan mantan MB; DS Nizar pula masih rasa ada maruah untuk duduk di tempat duduk yang di khaskan kepada Menteri Besar. Tindakan ini cukup menggelikan hati dan mengingatkan saya kepada zaman budak-budak di asrama. Siapa cepat masuk dewan makan akan menukar lauk-lauk yang disediakan. Inilah gaya poilitik PR yang macam `Ayam Gila Sakok’ dan orang Gila Talak. Tidak cukup dengan itu Sivakumar terus mengarah Zambry dan enam EXCO BN dan 3 Bebas keluar Dewan.
Zambry tanpa mengindahkan perbuatan Siva itu terus mengusul pemecatan Speaker dari tempat duduknya yang dialihkan dan disokong oleh 27 ADUN BN dan 3 Bebas dengan cara mengangkat tangan. Jadi adakah tempat duduk di dalam Dewan yang lebih penting atau keberkesanan membentang usul? Inilah kebijaksanaan Zambry yang tidak mahu terikut-ikut dengan tingkah laku jalanan Ahli-ahli DUN PR dalam berebut tempat duduk dalam Dewan sebaliknya terus kepada agenda yang lebih penting iaitu melucutkan Speaker yang sudah bukan lagi melaksanakan tugas Speaker untuk mengemudikan usul-usul tetapi sebaliknya menjadi penghalang dengan menjadi tonggak terakhir PR di dalam DUN dan melaksanakan apa sahaja samada betul atau tidak demi memastikan majoriti keahlian Dewan berpihak kepada PR.
Selepas coup tersebut Zambry meneruskan langkah Silatnya dengan Timbalan Speaker mengambilalih walau di kerusi lain kerana Panglima Sivakumar tetap memakukan diri ke kerusi Speaker. Di dalam kebodohannya dia menganggap kerusi itulah yang berkuasa dan bukannya SIMBOL KUASA Speaker di dalam Dewan. Persidangan diteruskan dan Langkah Silat Zambry sudah tidak mampu dihalang oleh Langkah Silambam Sivakumar yang sudah terkunci mati di tempat duduk sendiri.
Zambry terus mengusul melantik Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh majoriti 30 Ahli Dewan. Dengan itu sahlah terlantik Speaker yang baru; Datuk R Ganesan, ADUN Sungkai. Majlis Angkat Sumpah di adakan di tempat duduk ahli dewan di dalam salakan dan riuh rendah Ahli DUN PR yang jelas di luar tamaddun peradaban. Majlis diteruskan oleh Ganesan yang tidak menghiraukan segala gangguan ADUN PR terus mengemudi Sidang Dewan dengan 4 usul diluluskan.
Selepas Penangguhan, Sivakumar bak Taming Sari kehilangan keris terus mengarahkan Ganesan keluar Dewan. ADUN PR berlagak kuncu-kuncu Pendekar Tersungkur, meluru untuk memaksa Ganesan keluar Dewan sehingga polis terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan Sivakumar dalam keadaan hilang kehormatan.
Raja Muda Nazrin hanya dapat melakukan upacara Perasmian 5 jam lebih lewat dari yang dijadualkan. Dalam pada itu Nizar pula mengambilalh peranan Sivakumar dengan mengusulkan dewan tidak sah kerana pertukaran Speaker kepada Tuanku sehingga memaksa Raja Muda Nazrin memberi amaran keras ‘Beta tidak hendak campur tangan dalam semua ini, hanya mahu memberikan ucapan, Jadi hormatilah ucapan Beta bila Beta sampaikan jika mahu bekerjasama di masa akan datang. Faham? Jadi segera maklumkan kepada anggota PR’
Ini adalah satu teguran yang amat pedas. Ia ibarat menyatakan; KAMU KURANG AJAR. Bila Tuanku mengeluarkan perkataan `PAHAM?’ ia adalah satu teguran yang amat pedas kepada golongan yang tidak berupaya bertindak secara terhormat. Bagi seorang Melayu ia teramat pedih jika dia faham.
Itulah politk MATANG Zambry di dalam mengemudi pergolakan dan mengharung samudera ganas sehingga kapal berjaya berlabuh di pelabuhan dan barangan selamat sampai dan mendapat keuntungan besar.
SYABAS YAB DATUK DR ZAMBRY. ANDA ADALAH HARAPAN BARU RAKYAT. TERUSKAN DENGAN BERHEMAH DAN JANGAN SESEKALI HILANG TATA BUDI INI SATELAH MENGECAP KEMENGANAN. TERUSKAN DENGAN SIKAP TUNDUK PADI BERISI...