MOHAMAD Nizar menunjukkan reaksi tidak berpuas hati sebaik keluar dari Kompleks Mahkamah, Putrajaya selepas mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Menteri Besar Perak yang sah, semalam (Gambar Berita Harian 10.02.2010)
Jika kita tidak emosi dan berfikiran waras sudah tentu kita akan sedar bahawa Sultan Azlan Shah lebih tahu undang-undang daripada mereka yang begitu ghairah menginterpretasi undang-undang mengikut fahaman mereka sendiri. Tetapi sebagai Sultan, baginda tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan umum mempertahankan tindakan beliau sebagai Sultan yang memerintah tanpa menjejaskan maruah beliau. Malangnya 'subject' beliau yang tinggal di dalam Negeri yang diperintah oleh beliau terus menerus membuat kekacauan demi fahaman politik sempit dan tidak menghiraukan samada tindakan-tindakan tersebut mencemarkan maruah Raja yang memerintah. Jika beliau mahu, beliau boleh saja menghalau 'subject' yang berkenaan dari pada negeri beliau tetapi beliau memilih untuk berdiam diri. Keputusan Mahkamah 09.02.10 membuktikan bahawa beliau telah melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Sultan yang Memerintah dengan tepat dan mengikut lunas undang-undang. Maka terngangalah mereka-mereka yang sebenarnya tertipu oleh diri mereka sendiri dengan membiarkan sentimen kepartian mempengaruhi kewarasan berfikir. Alangkah sedihnya..
DS Zambry pula terus menunjukkan kewarasan berfikir dan sikap rendah diri seorang pemimpin yang sejati... Tanpa mendabik dada atau merendahkan golongan yang telah menghina dan memaki hamun beliau selama ini, beliau tidak hilang fokus dan menyatakan dengan penuh keinsafan;
"PERTAMANYA, saya mengangkat rasa syukur kepada Allah dan kedua ingin ucap rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh rakyat yang berdoa akan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran. Sebagai insan saya rasai akan kekerdilan diri dan memberi kesedaran kepada saya untuk lebih melaksanakan tugas sebaik-baiknya kepada rakyat jelata dan mengharapkan episod ini berakhir dengan sekalian rakyat jelata khususnya di Perak kembali bersama-sama, bersatu hati tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya... ini adalah masa untuk kita bersatu dan bekerja... ini harapan dan doa saya.".. BH 10.02.2010
Sebaliknya, DS Nizar terus menunjukkan kedunguan dan kesempitan fikiran dek putar belit DAP dan PKR terus menyatakan;
" KITA sudah dengar dengan lima hakim Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebulat suara bahawa rayuan kami ditolak Mahkamah Persekutuan. Mahkamah juga membuat keputusan bahawa Zambry dari Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah Menteri Besar yang sah. Saya ingin memberitahu bahawa keputusan berkenaan adalah petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita rasakan rakyat mahu melihat institusi kehakiman diberi ruang sebebasnya untuk membuat keputusan. Tetapi, keputusan berkenaan memberi gambaran bahawa institusi kehakiman belum lagi terlepas dan bebas daripada pengaruh. Ini adalah saat paling menyedihkan bagi rakyat Malaysia.. "
Adakah 5 hakim-hakim kanan yang membuat keputusan SEBULAT SUARA itu lembu belaka???? Kalau dulu DYMM Paduka Sultan Perak; bekas Ketua Hakim Negara tidak cukup bijak dalam penafsiran undang-undang, ini 5 HAKIM KANAN juga tidak arif undang-undang??? Anda tentu boleh menjangkakan apa yang akan dikatakan sekiranya keputusan memihak kepada beliau. Tiada perkataan pujian mencukupi untuk diucapkan kepada hakim-hakim tersebut. Inilah dia petanda fikiran kena control dan tak mampu berfikir secara rasional lagi. Kalaulah ini caranya dia berfikir, bolehkah dia memerintah dengan adil kepada seluruh rakyat Perak dari pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik yang berbeza??? Inilah yang dikatakan orang-orang tua ssebagai 'Bodoh Sombong'; cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar..
Dahlah kalah dalam keputusan mahkamah, masih lagi nak teruskan agenda bodoh mereka;
"KUALA LUMPUR: Pembangkang diingatkan tidak cuba bermain politik dengan mengemukakan tuntutan dan syarat jika ikhlas berkhidmat untuk rakyat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Sambil mempersoalkan tindakan pembangkang yang hanya akan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika syarat mereka dipenuhi, beliau berkata agenda utama perjuangan seorang menteri besar, Exco dan ahli politik adalah untuk menangani permasalahan rakyat. "... BH 11.02.10
Biasanya orang menang yang memberikan syarat kepada yang kalah, tapi kali ini tidak!!!!! Yang kalah masih lagi dengan sikap bodoh sombong mereka. Yang menang telah dengan murah hati mengajak yang kalah bekerjasama dan bersedia menjemput mereka dalam barisan kepimpinan negeri demi rakyat, tetapi Si Kalah terus dengan sikap pelik dan tak masuk akal mereka...
Tak apa lah DS Zambry, kami semua sudah faham dengan kerenah tali barut DAP ini. Kami juga terlalu faham tentang sikap mereka yang kononnya memperjuangkan Islam... Masih teringat dan nampak di depan mata Si Jubah terbaring di tengah jalan menghalang laluan kereta Raja Nazrin. Laungan Allaahuakbar sedang otak diputarkan oleh dakyah DAP amat mengecewakan sekali..
DS Zambry.. teruskan langkah mu yang berhemah dan teruskan sikap mu yang mesra rakyat serta penuh tawadduk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Biarkanlah golongan ceramah dan gologan baling batu sembunyi tangan mentor mereka. Biarkan mereka dengan angan-angan mereka.. Ayuh teruskan langkah mu... Demi agama, bangsa dan negara.