Wednesday, April 08, 2009

BIAR KALAH BERLAWAN ASAL MENANG PERANG

BERITA HARIAN Rabu, 08 April 2009 12 Rabiulakhir 1430
Badan bebas ditubuh kaji punca kekalahan
TAIPING: Barisan Nasional (BN) akur dengan kekalahan di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan akan melakukan post mortem melalui penubuhan sebuah badan bebas bagi mengetahui punca kekalahan di dua kerusi pilihan raya kecil itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata post mortem badan bebas yang dibuat secara lebih objektif akan digunakan sebagai panduan bagi menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum akan datang.
"Pengundi sudah membuat keputusan dan kita (BN) menerima keputusan itu... mungkin rakyat tidak cukup yakin dengan kita sebab itu kita tidak mendapat undi majoriti yang mencukupi.
"Mungkin faktor rasa gembira (feel good) peralihan kuasa dengan kepimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru sangat dan belum menyerap pada hari rakyat khususnya pengundi," katanya pada sidang media di Pusat Media, di sini, malam tadi.

BN tidak perlu merasa terlalu risau dengan kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ini sudah diduga. Ia bukan suatu kejatuhan kerana di dalam pilhanraya dulupun PAS menang di kawasan ini. Dengan faktor simpati yang ada pada PAS dan digunakan sepenuhnya dengan meletakkan YB DS Nizar sebagai calon, PAS yang sudah memang matang di dalam sepak terajang politik sehingga dapat bertahan sampai ke sekarang dan makin meraih sokongan menggunakan sepenuh muslihat dengan keadaan politik semasa dengan menurunkan DS Nizar sebagai calon.

Memang betul tindakan Muhyiddin untuk melantik Badan Bebas. Kalau dulunya UMNO memang syok sendiri; kalau kalah adakan pos mortem tetapi dari kalangan sendiri. Jadi kelemahan dilindungi, bengkung di dada ditutupi. Kali ini DS Najib tidak mahu itu semua. Beliau mahu melihat FAKTA. Oleh itu Badan Bebas dilantik. Syabas di atas keterbukaan.

Selepas satu Mesyuarat Agung Pemilihan yang melihat UMNO diseret dengan isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan politik wang dan Pak Lah menunggu sehingga 3hb untuk melantik DS Najib sebagai PM sudah tentu DS Najib tidak sempat berbuat apa-apa. Itupun langkah yang beliau ambil amat drastik dengan membebaskan tahanan ISA dan mengumumkan penilaian semula ISA. Beliau tidak tunggu lama untuk mengenengahkan agenda beliau; SATU MALAYSIA.

Ini adalah visi pemimpin yang matang. SATU MALAYSIA adalah visi jangka pendek dan jangka panjang sekaligus. Ia adalah penggembelingan semua bangsa dan puak di dalam Negara dengan motto yang amat tegas 'Tidak ada satu pun perlu merasa terpinggir di dalam agenda ini" TS Lee Lam Thye yang tajam fikiran itu juga telah menyatakan persetujuan dan sokongan di atas dasar ini.

Impak kepada Visi DS Najib ini masih diragui. Di dalam blog-blog terutama dari bangsa Cina rata-rata meragui usaha Najib ini. Mereka masih lagi di dalam `Denial Syndrome'. Dari Fasa ini kepada Fasa `Acceptance' amat sukar sekali dan sudah tentu tidak akan terjadi di dalam masa kurang 1 minggu. Tindakan-tindakan yang menyokong ke arah Visi tersebut perlu terus menerus diadakan. Rasa tak percaya perlu ditukar menjadi curiga dan dari curiga kepada mungkin, `wait and see' dan seterusnya kepada percaya. Bila dah capai tahap ini jangan sekali-kali ia dikhianati kerana jika dikhianati, tak mungkin dapat dipulihkan.

Jauh lagi langkah yang perlu dilalui. Tetapi Tun Mahathir percaya, saya percaya 'This is The One' macam dalam Trilogi Matrik. Neo is the one. Di malaysia, NAJIB IS THE ONE AND HE SAID ONE MALAYSIA. Mari kita sama-sama dokong impian ini. Jangan biarkan Najib bercakap kosong macam PM terdahulu menyebabkan sokongan yang hebat dalam PR2004 menjadi mimpi negeri dalam PR2008. Mari kita buatkan gelombang, Gelombang Biru yang meniupkan keyakinan, yang akan mengumpul kekuatan demi kekuatan di dalam perjalanannya hingga menjadi tahap Tsunami yang tidak mampu dibendung lagi...

4 comments:

Wong Pencen said...

Memang post-mortem baru nak dilakukan untuk mengenalpasti punca kekalahan UMNO di Bukit Gantang. Namun sekiranya post-mortem dijalankan di atas dasar mencari kesalahan orang lain, hasil post-mortem akan sia-sia.

Post-mortem mesti dibuat di atas dasar mencari punca dalaman yang menyebabkan kekalahan. Sekiranya yang dicari adalah punca luaran, maka akan sia-sialah usaha ini.

BN dan UMNO wajar menghentikan sama sekali dari memberi ulasan bahawa kekalahan adalah akibat faktor simpati kepada PAS yang digunakan sepenuhnya oleh parti lawan, PAS menggunakan muslihat, PAS itu ini dan DAP begitu begini.

Yang penting UMNO apa ini, UMNO begitu begini. Dari sini sahajalah kekuatan UMNO dapat dikenalpasti untuk terus digunakan dan kelemahan UMNO dapat dikenalpasti untuk di atasi bagi mengelakkan dari diulang.

Gukita said...

Wong,

Terima kasih kerana menjengah blog saya yang tak seberapa ini.

Kata orang tua-tua, satu jari tunjuk kepada orang lain, empat jari tunjuk ke muka sendiri.

Itu memang cakap politik oleh orang politik. Mesti ada ulasan awal untuk `consumption' umum tetapi sebab musabab sebenar hendaklah datang dari kajian yang mendalam dan 'outside the box' bukan macam yang selalu dilakukan, iaitu; mencari-cari 'scape goat' atau kambing hitam untuk disembelih bagi menjamu ~~~ yang menagih darah.

Saya yakin jika DS Najib dan 'team'nya ikhlas dengan wadah `SATU MALAYSIA' ia akan dapat menghalang dan yang lebih penting mengubah arus perubahan yang deras menghakis segala baki sokongan masyarakat kepada UMNO dan BN. Jika gagal, mungkin seperti Teori RAHMAN, N=Najib, adalah PM terakhir dari UMNO.

PAKCIK said...

UMNO akan ditinggalkan oleh rakyat sebagai bahan tinggalan sejarah jika mereka tidak mendekati dan cuba memahami apa yang rakyat mahukan.

sudah lebih 50 thn umno memerintah..tetapi rakyat masih tercari-cari siapa pembela melayu yang sebenarnya.

Gukita said...

Benar sekali. Nampaknya DS Najib sedang berusaha meremajakan UMNO. Beliau mempunyai jalan yang sukar kerana yang di bawah beliau adalah kaki cantas, pengamal politik wang dan oportunis yang tidak mempunyai cinta yang mendalam kepada UMNO, tetapi hanya sekadar tempat mencari rezeki mudah..