Friday, February 03, 2006

UTUSAN MELAYU – ISU RELEVENSI

Ini adalah petikan dari penulisan kawan baik saya mengenai akhbar Utusan Melayu yang telah banyak berjasa kepada umat Melayu Malaysia.

“ Utusan yang terakhir...
Inilah wajah terakhir Utusan Melayu Mingguan:-((
Dimuka depan terpanpang berita sedih yang ianya keluaran terakhir kerana tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan pernerbitannya.Terima kasih kepada
Interviewer kerana sudi memaklumkan kepada saya.
Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Melayu saya amat sedih menerima berita ini.Bangsa Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia tapi gagal mengekalkan satu-satu akhbar yang bertulis jawi yang telah banyak berjasa kepada perjuangan bangsa Melayu.Hati tertanya-tanya kenapa ianya gagal tetapi akhbar bahasa Cina dan India mampu hidup dan berdaya maju???
Dua sebab yang diberi oleh pihak pengurusan ialah kekurangan pembaca dan kekeringan iklan.Kedua-duanya adalah sumber pendapatn yang diperlukan untuk membiayai penerbitan akhbar.Semangat sahaja tidak mampu membayar kos penerbitan.
Untuk mendapat ulasan yang lebih terinci, sila baca
komen Awang Selamat yang bertajuk,"Lahir zaman papa, mati zaman kaya".
Pada hemat saya yang kurang arif dalam bidang ini,saya akan tunggu dan lihat apa kata dan tindakan pemimpin Melayu dan mereka yang mampu untuk bertindak supaya akhbar Utusan Melayu dalam bentuk asal(tulisan jawi) dapat dihidupkan semula dan bisa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akhbar-akhbar bangsa-bangsa lain di Malaysia.”

Catatan beliau penuh kekesalan di atas nasib akhbar perintis tersebut. Walaupun begitu saya kurang bersetuju dengan perbandingan yang beliau ajukan vis-a-vis akhbar bahasa Cina dan India kerana akhbar melayu masih kekal dan maju cuma tulisan jawi dalam bentuk akhbar sahaja yang berkubur bersama edisi tersebut.

Berikut adalah komen yang saya tinggalkan di ruangan Comments……

“ Memang Utusan Melayu adalah wadah pejuang bangsa pada zamannya. Ia adalah jiwa melayu. Ia adalah pendorong dan pembuka mata Orang Melayu. Ia adalah medan juang Pahlawan bangsa yang berjuang dengan tinta hitam yang tidak kurang tajamnya daripada besi waja Klewang Tok Raja atau Pedang Katana Samurai Jepun.
Tapi masa berlalu... medan berubah wajah, tanah telah bertukar konkerit, langit sudah diterobosi, pejabat post telah dibayangi Post Office Maya yang mampu menyampaikan message kurang dari 1 saat ...... dan bukan hanya dalam keasyikan mainan kata-kata untuk merangsang perasaan, sekarang kita sudah mampu menyampaikan dalam bentuk suara, gambar, video, teks dalam adunan yang mengikut citarasa. Oleh itu wajarkan kita masih mahu mempertahankan Utusan Melayu dalam bentuk asal tulisan Jawi dengan penuh emosi walaupun ianya sudah kurang cocok dengan peredaran zaman????


Jika UM adalah terkini pada zamannya, adakah ia masih begitu sekarang? Masihkan ia dapat memainkan peranannya dalam dunia sekarang dalam bentuk asalnya? Adakah perlu ia dipertahankan dalam bentuk asal dengan kekuasaan directive dari kepimpinan Melayu sekarang sedangkan ia sudah terlalu uzur dan tidak mampu merobah lonjakan keinginan anak-anak muda yang meronta-ronta dalam dunia tanpa sempadan tanpa sebarang bimbingan dan pimpinan yang relevan dan pragmatis dari cerdik pandai kita yang masih ditakuk lama dan tidak mampu menuruti zaman apatah lagi merintis dan memimpin jalan bagi anak-anak kita di zaman ICT ini? Adakah dengan melanjutkan hayatnya yang sudah dipenghujung dan dibebani batuk kering itu dapat memberikan ia lebih kemuliaan daripada pengkebumian yang penuh adat dan hormat sebagai pahlawan bangsa? Pengunduran yang tepat pada masanya adalah paling baik daripada disungkurkan ke bumi oleh kehendak pasaran sepertimana sekarang...... Sekarang, ianya terlalu trajis….

Reader, pada pendapat saya yang kerdil ini, yang penting bukanlah mediumnya tetapi semangat yang ditatangi cinta tanpa penghujung terhadap anak bangsa kita yang kita dibiarkan sendirian dan dalam kumpulan yang terbuang bermain api ICT dan merenangi dunia tanpa sempadan dari segi capaiannya mahupun bahana kemudharatannya tanpa dibekalkan dengan pedang dan perisai yang sesuai. Kita yang kononnya sudah lama makan garam ini sanggup biarkan anak-anak muda kita mencari haluan sendiri dalam hujan dengan halilintar sabung menyabung gegak gempita meredah dunia penuh kepura-puraan ini sedangkan kita sibuk menangisi pemergian pimpinan lama yang sudah melepasi zaman mujarabnya tanpa mengambil iktibar dari semangat juang mereka untuk terus memacu jalan ke hadapan ke arah sempadan baru yang kita cita-citakan.

Selamat tinggal UM. Semoga jasa dan semangat yang engkau telah hidupkan terus menyala di dalam sanubari anak bangsa tercinta walaubagaimanapun wadah dan wacana yang ditunggangi. Tinggalmu diiringi semerbak wangian syurgawi. Kami tidak akan hilang pedoman tanpamu kerana sebenarnya engkau terus hidup di benak hati anak watan yang engkau telah bentuk dengan ketajaman tinta hitammu. Wassalaam.. “

On hind sight……

Mengapa tidak Utusan Melayu di kekalkan dalam bentuk majalah warisan dan bukan akhbar harian yang perlu sentiasa up-to-date dengan perkembangan maklumat, pemikiran dan peristiwa yang dilaporkan? Mungkin corak penyampaiannya disesuaikan sebagai sebuah majalah….. why not?

11 comments:

Unknown said...

sdr gukita,

Saya sedih bila tengok semua benda hendak dilihat dari sudut pandangan komersial. hingga maruah dan jatidiri juga perlu ditimbang dengan kiraan komersial. perlu dikira berapa untung berapa rugi. seringgit? dua ringgit?

Sedih bila Melayu berhadapan dengan krisis nilai yang teruk. Sudah keliru menilai antara intan dan kaca, malah sudah keliru melihat dan menilai diri sendiri.

demonsinme said...

Assalamualaikum my goo,

yup, its saddening to see the UM being terminated its publication. Even worse is the mentality of "money comes first" that serve as the basis for this termination.

but nothing beats the lacking in efforts and creativity that the management has to ensure this historic publication to continue.

its resembles much the mentalities that we malays have - be it modernize, semi-modernized or not so modernized malays.

Anonymous said...

Jiwa & demon,
Samada suka atau tidak kita perlu lihat isu ini dari sudut praktikal. Memang benar faktor kewangan bukan segalanya tetapi untuk UM disubsidi untuk ia terus hidup walaupun sudah ditolak oleh kuasa pasaran adalah lebih menjatuhkan maruah UM dari penamatan yang penuh bermaruah.

Demon, you sure hit the jackpot when you question the effort and creativity of the management to ensure UM's continued relevancy. But I think the issue is more than that and is beyond the UM's management to overcome.

Issue utama ialah medium tulisan jawi dalam konteks relevansi masakini. Dengan dunia digital sekarang yang berpaksikan tulisan roman, kita tidak boleh menang.... kalau menang pun menjadi arang .... tidak akan memberi makna yang besar kepada perjuangan bangsa. Adalah lebih penting untuk 'ride the wave' dengan gaya kita yang tersendiri menuju haluan yang tersendiri dan 'stand tall' tanpa sebarang rasa inferiority dan tanpa perlu apologetic terhadap haluan ini....

Count Byron said...

I still remember my Chinese classmates in Kelantan; their parents read Utusan melayu, and they read it in Jawi.
Orang kita sendiri yang tidak menghargai tulisan jawi, hence the final day for Utusan. Sad

maklang said...

Assalamualaikum Gukita,

Ni lompat2 dari blog ke blog.

Gukita said...

Count,
AbeDib The Reader's Post on 27th Dec 2005;
" Reading jawi is cool!
Lately, I have been making some efforts to read jawi by buying and reading Utusan Melayu-a weekly Malay newspapers with jawi alphabets. ......."

We lament the UM's demise but let it not stop the march forward. Is it still marching??? I wonder....

Gukita said...

Wa'alaikussalam Mak Lang,
Terima kasih kerana bertandan. Kalau kerumah sekurang-kurangnya teh-o secawan to gerenti. Kat sini setakat tu sajelah..... :-)

Anonymous said...

Nyaknyor tulisae Jawi. Bekalih Tok Ketuo kito ghalik dok oh duk akat akat kerghih panjae sedepo, jadi tok ingak ko tulisae hok wi chelik mato anok bangso...

Kat Jabatan Penerangan Kelantan ada seorang Chinese. Dia asal Kedah tapi mari kerja gomen kat Kelantan. Dijadikan cerita, dia nampak orang kampung baca Utusan Melayu (jawi). Jadi timbul minat dia lalu dia mengaji tulisan jawi. Akhirnya sekarang dia pulak jadi cikgu tulisan Jawi. Lupa nama dia tapi dia pernah keluar paper suatu masa dulu sebagai seorang pencipta teknik baru belajar Jawi.

Gukita said...

Ray,
Hok akat keghih panjae tu bila terparak tak kaba dio ada sejata; laghi celuda dulu sbl perasan takut oghe tengok. Bila hak datas batuk baru dia berdegar-degar kokok; kokok caghi make. Jawi ni tak mainlah....

Cina kampung kawe buke stakat baca jawi, nak kecek cina pun takleh. Nama pun Melayu; Che Awe, Che Hassan...tapi drumoh pelira anjing; cina dia tetap cina... Masalah kita nih, Melayu rasa kenyang, tak rasa tergugat, oghe dok hina Nabi pun tak berasa sangat sebab ingat tu tepat oghe; tak kaba benda berlaku dalam pagar rrumoh sediri... Lepah tu baru nak latah tapi tak seberapa....Patut buleh kerat ppalo doh tuh bukan setakat tarik permit sementara... banyak dak tuh weh......

Gukita said...

Sweet Rose,
Thank you for your sweet comment.
Jawi as a medium for Pendidikan Islam, Fardhu Ain and such should be preserved. The issue here is the relevancy of Jawi for medium of discussion on current issues. A handful of Jawi readers is not enough. It all points to the relegation of the medium through which the Malays had before this elevated themselves from kedai kopi mentality to nasionalistic ones to obscurity. Sad that no real efforts were made in this direction BUT the more pressing issue to me is whether we have prepared our generation to ride the cyber world in style; our very own style, with our very own value.

Anonymous said...

kenapa tidak mengikut arus? kenapa tidak diwujudkan laman web jawi sepenuhnya seperti www.ejawi.net , jadikan seperti utusan.com.my atau mana2 portal yang lain sekiranya kewangan faktor penyebab kepupusan akhbar jawi.

Berkembangnya ict dan lain2 teknologi tidak akan menenggelamkan warisan budaya melainkan bangsa itu sendiri yang meninggalkannya...

Hanya pandangan peribadi.